Tuesday, 5 September 2017

Kajian Hak-Hak Perhimpunan Dalam Perlembagaan Malaysia: Kesan dan Peraturan



DUB1012: PENGAJIAN MALAYSIA E-FOLIO 

DSK1B


Tajuk

Kajian Hak-Hak Perhimpunan Dalam Perlembagaan Malaysia; Peraturan dan Kesan
Nama Jabatan
Jabatan Perdagangan
Program
Diploma Sains Kesetiausahaan
Nama Pensyarah
Encik Mohd Noor Zaidi bin Mohd Zawawi
Nama
Fasiha An Nisa Binti Mohd Misni (02DSK17F1047)
Nur Farhanah Binti Mamat (02DSK17F1021)
Nurul Atirah Binti Abd Ghani (02DSK17F1053)
Nur Amalina Binti Mohd Faizal Guna (02DSK17F1063)
Indeks
1. Penghargaan
2. Pengenalan
3.Peraturan Penganjuran Perhimpunan di Malaysia
4. Akta Perhimpunan Awam 2011
5. Kesan Perhimpunan
6. Contoh Perhimpunan Baik
7. Kesimpulan
8. Pautan
9. Rujukan





Penghargaan
   Assalamualaikum.  Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya dapat kami menyempurnakan e-folio ini bagi kerja khursus Pengajian Malaysia.
   Setinggi-tinggi  penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pensyarah kami Encik Mohd Noor Zaidi bin Mohd Zawawi kerana memberi peluang kepada kami untuk menjayakan e-folio ini.
   Terima kasih kepada ahli kumpulan yang bekerjasama dalam menyiapkan e-folio ini.
   Akhir kata, semoga Allah S.W.T memberikan balasan yang baik kepada semua pihak yang membantu kami.

Pengenalan

      Kebebasan berhimpun ialah hak asasi manusia untuk berkumpul secara aman untuk menyuarakan pendapat bagi kepentingan bersama. Ini termasuk hak untuk berhimpun di tempat awam, membentuk kumpulan dan untuk berarak. 

Kebebasan berhimpun adalah asas kepada sistem demokrasi yang matang. Ia membolehkan rakyat menyuarakan pendapat tentang isu- isu semasa secara kolektif dan menekan kerajaan untuk menunaikan tuntutan rakyat. Kebebasan inilah yang mampu mendorong rakyat untuk bersatu padu dan mengukuhkan suara kolektif, bagi menuntut kepentingan bersama.


Peraturan Penganjuran Perhimpunan di Malaysia

Pada 22 November 2011, kerajaan telah membentangkan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman di Parlimen.

Antara kandungan utama dalam APA2012 ini adalah kepada sesiapa yang mahu membuat perhimpunan aman di Malaysia. Antaranya termasuklah:

•Notis 10 hari sebelum perhimpunan diperlukan

•Protes jalanan tidak dibenarkan.

•Dilarang berhimpun di dalam atau dalam lingkungan 50 meter daripada kawasan-kawasan larangan seperti mana yang disenaraikan, termasuk hospital, sekolah dan tempat ibadat.

•Seksyen 8 membenarkan polis untuk mengambil sebarang langkah yang difikirkannya perlu untuk memastikan perhimpunan teratur dan berjalan lancar.

•Seksyen 9(5) membenarkan pihak polis mendenda pihak penganjur sebanyak tidak melebihi RM10,000 jika tiada notis awal diberikan;

•Seksyen 21(3) membenarkan pihak polis mendenda sesiapa yang telah ditahan sebanyak tidak melebihi RM20,000;

•Seksyen 20(1)(c) membenarkan pihak polis menahan sesiapa yang membawa, atau merekrut kanak- kanak untuk perhimpunan;

•Berumur kurang daripada 21 tahun adalah tidak dibenarkan untuk menganjur perhimpunan.

•Kanak-kanak yang berumur bawah 15 tahun tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam perhimpunan kecuali acara-acara yang diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri.



Akta Perhimpunan Awam 2011

Satu akta yang berhubung dengan hak untuk berhimpun secara aman tanpa senjata, dan untuk menyediakan suatu sekatan yang dirasakan perlu dan apa-apa usaha yang berhubung dengan hak tersebut di dalam kepentingan keselamatan Persekutuan Malaysia atau apa-apa bahagian atau peraturan awam termasuklah melindungi hak kepentingan dan kebebasan insan lain, dan untuk memberikan apa-apa sahaja yang berkaitan

Akta Perhimpunan Aman 2011 merujuk kepada ‘Akta Perhimpunan Aman’ yang diluluskan di Parlimen pada 24 November 2011 bagi mengawal perhimpunan awam di Malaysia. Rang Undang-Undang itu dibentangkan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak

Ciri-ciri selepas pindaan

Fasal 4 : menyatakan hak untuk menganturkan suatu perhimpunan atau menyertai suatu perhimpunan secara aman tanpa senjata di bawah Akta ini tidak meluas kepada yang berikut:

(a) seseorang bukan warganegara; (b) perhimpunan yang diadakan di mana-mana tempat larangan dan dalam jarak lima puluh meter dari had tempat larangan; (c) suatu protes jalanan; (d) berhubung dengan penganjuran suatu perhimpunan, seseorang yang di bawah umur dua puluh satu tahun; dan (e) berhubung dengan penyertaan dalam suatu perhimpunan selain perhimpunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua, seseorang kanak-kanak.

1.  Fasal 8 : Seseorang pegawai polis boleh mengambil langkah yang difikirkannya perlu untuk memastikan perhimpunan berkenaan dikendalikan dengan teratur.
2.  Fasal 9(1) : Penganjur hendaklah memberi notis mengadakan perhimpunan kepada polis daripada 30 hari kepada sepuluh hari.
3.  Fasal 9(5) : Polis boleh mengenakan denda ke atas penganjur sebanyak RM10,000 sekiranya tidak mengemukakan notis untuk mengadakan perhimpunan kepada polis.
4.  Fasal 12(1) : Memendekkan tempoh untuk polis memaklumkan kepada pihak berkepentingan berhubung perhimpunan tersebut – daripada daripada 48 jam kepada 24 jam.
5.  Fasal 12(2) : Tempoh untuk pihak berkepentingan membuat bantahan kepada polis ke atas notis perhimpunan berkenaan pula dipendekkan daripada lima hari kepada 24 jam.
6.  Fasal 14 : Tempoh untuk polis memberikan respons ke atas bantahan berkenaan juga dipendekkan daripada 12 hari kepada lima hari.
7.  Fasal 15 : Pemusatan kuasa serta budibicara untuk polis mengenakan apa-apa sekatan dan syarat tambahan yang difikirkan perlu atau sesuai
8.  Fasal 16 : Memendekkan tempoh rayuan yang dikenakan ke atas penganjur perhimpunan untuk membuat rayuan kepada menteri.
9.  Fasal 21 : Membolehkan polis untuk menggunakan segala kuasa serta kekerasan untuk menyuraikan sesebuah perhimpunan
10. Fasal 21(3) : Polis boleh mengenakan denda sehingga RM20,000 berbanding denda sebanyak RM2,000 kepada individu yang ditahan dalam perhimpunan.
11. Tempat larangan - tempat ibadat, stesen janakuasa elektrik, stesen minyak, terminal pengangkutan, tadika dan juga sekolah - lingkungan 50 meter .

Kesan Perhimpunan

KESAN BAIK

             Hikmah yang baik disebalik perhimpunan rasmi ialah dapat memupuk perpaduan masyarakat majmuk dengan mengadakan aktiviti bermanfaat yang melibatkan pelbagai kaum mengambil bahagian.Selain itu,faedah yang dapat diperoleh daripada perhimpunan rasmi ialah setiap individu dapat berkongsi idea-idea mereka untuk  memajukan negara dari aspek politik,ekonomi dan sosial dan membincangkan cabaran yang dihadapi negara.

         Akhir sekali,dapat membentuk negara yang aman dan bersatupadu apabila mereka saling hormat-menghormati dan memahami hak masing-masing.Dengan cara sebegini negara kita berpontensi menarik minat pelabur-pelabur dari luar datang ke Malaysia kerana mereka melihat negara kita bebas dari bencana alam dan kurang berlaku rusuhan atau pergolakan kaum malahan dapat bertukar-tukar ilmu dalam bidang tekologi.

KESAN BURUK

Kesan-kesan tidak mematuhi peraturan semasa perhimpunan menimbulkan banyak masalah terhadap negara.Seterusnya,senario ini tidak seharusnya berlaku kerana sebelum mengadakan sesuatu perhimpunan pihak yang bertanggungjawab perlulah menjelaskan peraturan-peraturan semasa berhimpun agar mereka tidak melakukan perkara buruk yang boleh merosakkan majlis yang berlangsung.
                            
            Selain itu,kesan yang berlaku ialah politk negara menjadi tidak stabil akibat daripada individu yang mementingkan diri sendiri kerana mereka ingin meluaskan pengaruh masing-masing dengan menggunakan agenda-agenda yang salah demi mencapai hasrat mereka.Seterusnya,rusuhan boleh berlaku dalam perhimpunan beramai-ramai apabila diantara mereka tidak berpuas hati dengan sesuatu yang diadili .Ia berpunca dari seseorang yang mengetuai sesuatu kumpulan dan menggalakkan ahlinya supaya monggok dengan keputusan yang tidak disenangi oleh mereka.

       Disamping itu,perhimpunan yang tidak terkawal akan menyebabkan harta benda awam dirosakkan dan berlaku vandalisme. Contohnya,perkhidmatan teksi, terminal bas,dan telefon awam dirosakkan kerana ingin menunjuk perasaan.


Contoh Baik Perhimpunan

              Contoh terbaik sebuah perhimpunan rakyat yang aman adalah Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112 yang telah berlangsung di Stadium Merdeka. Dengan ketiadaan Pasukan Simpanan Persekutuan atau Federal Reserve Unit kelihatan semasa perhimpunan tersebut, segala aktiviti yang dijalankan dapat berjalan dengan lancar. Pertama kali dalam sejarah negara kita perhimpunan sebesar ini diadakan yang dihadiri oleh rakyat dari seluruh negara. Pihak polis juga tidak menggunakan kekerasan semasa menjalankan tugasnya, berbanding dengan yang telah dilakukan pada BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0. Ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia sudah bersedia untuk demokrasi yang lebih telus.


Kesimpulan

   Kesimpulannya, kita perlulah mengetahui peraturan dan kesan – kesan perhimpunan dalam perlembagaan.Ini dapat membantu meningkatkan kestabilan ekonomi Negara disamping menjamin perpaduan kaum.
       Terdapat banyak kesan daripada hak perhimpunan yang boleh dipelajari seperti masa perhimpunan , tempat perhimpunan dan juga perhimpunan yang tidak perlu menggunakan permit.

               Setiap warganegara mempunyai hak untuk mendapat maklumat dan kebenaran melalui suara rakyat yang ingin mengetahui perkembangan mengenai status mengenai isu hangat seperti harga minyak atau rasuah yang sering dimainkan oleh orang yang berjawatan tinggi dalam kerajaan harus dinyatakan dengan teliti untuk memudahkan rakyat menerima atau menolak kenyataan tersebut.Hal ini demikian kerana rakyat juga berhak mengetahui apa yang berlaku di sebalik sesebuah pentadbiran negara.

             Akhir sekali, kita perlulah memahami peraturan dan kesan perhimpunan supaya kita tidak melakukan sebarang aktiviti perhimpunan yang boleh menjatuhkan maruah negara dan bangsa .

Pautan

                                             Perhimpunan Barisan Nasional




       Perhimpunan United Malay National Organisation 
                                              


Perhimpunan Parti Islam Se-Malaysia



Perhimpunan Bersih


Perhimpunan Persatuan Cina Malaysia


Perhimpunan Parti Keadilan Rakyat


Perhimpunan Parti Tindakan Demokratik


Rujukan








Perleluasan Fitnah Yang Berlaku Dalam Internet atau Media Sosial

DUA 6022: KOMUNIKASI & PEN...