DUA 6022: KOMUNIKASI
& PENYIARAN DALAM ISLAM
TAJUK
Perleluasan fitnah yang
berlaku dalam internet atau media sosial.
NAMA PENSYARAH
Encik Mohd Noor Zaidi Bin Mohd Zawawi
NAMA
Nur Farhanah Binti Mamat (02DSK17F1021)
Fasiha An Nisa Binti Mohd Misni (02DSK17F1047)
Nurul Atirah Binti Abd Ghani (02DSK17F1053)
Siti Nur Aliffah Binti Azmi (02DSK17F1059)
KELAS
DSK5B
INDEKS
NO
|
PERKARA
|
1.
|
Penghargaan
|
2.
|
Pengenalan
|
3.
|
Definisi
Fitnah
|
4.
|
Jenis-Jenis
Fitnah
|
5.
|
Faktor-Faktor
Berlakunya Fitnah
|
6.
|
Hukuman
Fitnah dalam Undang-Undang Negara
|
7.
|
Hukuman
Fitnah dalam Undang-undang Islam
|
8.
|
Kesan-Kesan Fitnah
|
9.
|
Langkah-Langkah
Mengatasi Fitnah
|
10.
|
Cara-Cara
Menghadapi Fitnah Dalam Islam
|
11.
|
Kesimpulan
|
12.
|
Lampiran
|
13.
|
Rujukan
|
1. PENGHARGAAN
Assalamualaikum. Alhamdulillah, bersyukur ke atas hadrat Ilahi dengan
limpahan rahmat yang dianugerahkan kepada kami dapat juga kami menyiapkan e-folio
ini dengan jayanya. E-folio ini amat
penting buat kami dan merupakan sebahagian daripada kerja khusus mata pelajaran
DUA 6022 Komunikasi Dan Penyiaran Dalam Islam.
Sekalung
penghargaan buat Encik Mohd Noor Zaidi bin Mohd Zawawi selaku pensyarah pembimbing
kerana telah banyak memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami.
Seterusnya,
tidak lupa juga, jutaan terima kasih kepada ibu bapa dan rakan-rakan kami
kerana turut memberikan sokongan, dorongan dan bantuan kepada kami sepanjang
menyiapkan e-folio ini.
Akhir
sekali, semoga Allah S.W.T memberikan balasan yang baik kepada semua pihak yang
telah membantu kami secara langsung mahupun secara tidak langsung.
2. PENGENALAN
Pada masa
kini, isu fitnah bukan sahaja berbentuk percakapan antara dua pihak namun dalam
bentuk penulisan juga. Misalnya, dalam komunikasi massa terutamanya dalam blog
juga turut wujudnya fitnah. Fitnah merupakan satu perbuatan yang terkutuk dan
sangat dicela oleh mana-mana agama. Firman Allah yang bermaksud:
“Wahai orang yang beriman, jika datang kepadamu
seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan)
kebenarannya, supaya kamu tidak menimpa sesuatu kaum dengan perkara tidak
diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu
menyesali perkara yang kamu lakukan.
(Surah al-Hujurat, ayat 6)
Firman ini memberi gambaran bahawa setiap kata-kata
yang disampaikan perlu diteliti dan diselidik terlebih dahulu agar kebenarannya
dapat dipastikan dan khabar tersebut tidak mengandungi unsur fitnah. Hal ini
bagi mengelakkan kesan buruk yang akan menimpa seseorang individu atau ahli
masyarakat. Rasulullah S.A.W juga bersabda. Maksudya: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadis
Rasulullah ini menunjukkan bahawa fitnah merupakan dosa yang sangat besar dan
berat sehingga tidak dapat memasuki syurga. Oleh itu, Islam melarang dan
mengharamkan dengan keras perbuatan fitnah. Hal ini kerana kesan fitnah adalah
sangat buruk hingga boleh memudaratkan seseorang individu, keluarga, masyarakat
dan negara.
3. DEFINISI FITNAH
Perkataan ‘fitnah’ berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud
kekacauan, bencana, cubaan dan penyesatan. Atau dalam pengertian sehari-hari,
kata fitnah ini sering dimaksudkan sebagai berita bohong atau tuduhan yang
diada-adakan untuk membinasakan seseorang yang tidak sesuai dengan kenyataan
atau kebenaran.
Kamus Dewan pula mendefinisikan fitnah sebagai tuduhan yang
diada-adakan untuk memburukkan atau membencanakan seseorang. Fenomena atau
budaya fitnah memfitnah ini sebenarnya tidak hanya terjadi pada dunia hari ini
sahaja tetapi telah berlaku sejak zaman Rasulullah s.a.w dan zaman sebelum
Baginda lagi. Tujuan fitnah ini adalah semata-semata untuk menjatuhkan atau
menghancurkan keamanan dan perpaduan yang ada demi memuaskan hati sang pembuat
fitnah yang majoritinya berkaitan harta dan kekuasaan.
Suatu kisah yang telah
diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud dan Tarmizi berdasarkan sebuah hadis
Rasulullah SAW boleh dijadikan teladan mengenai penyebaran fitnah:
“Adakah
kamu tahu apa itu ghibah?, mereka berkata:
Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.
Baginda berkata: “Engkau menyebut
tentang saudaramu sesuatu perkara tidak disukainya”. Dikatakan: Apakah pendapatmu, sekiranya apa
yang dikatakan itu ada pada saudaraku?
Baginda bersabda: “Sekiranya apa
yang kamu katakan ada padanya, maka kamu telah mengumpatnya, jika apa yang kamu
katakan tiada padanya maka kamu telah memfitnahnya.”
(Muslim, Abu daud dan At-Tarmizi)
Hadis
tersebut jelas menunjukkan kepada kita bahawa pembohongan ataupun ghibah
(menyebut keburukan orang lain walaupun benar) itu ialah sesuatu perkara yang
dikutuk dalam Islam.
4. JENIS-JENIS
FITNAH
Dari segi bentuk UNDANG-UNDANG:
Dari segi bentuk UNDANG-UNDANG:
Di dalam Akta
Fitnah 1957, fitnah telah diklasifikasikan kepada dua bahagian :
1. Libel. Sebarang penerbitan yang kekal yang ditujukan kepada mata. Kefitnahan juga boleh tergolong sebagai fitnah jenayah atau fitnah sivil. Fitnah jenayah diambil tindakan di bawah Kanun Kesiksaan (Akta 574) dan fitnah sivil diambil tindakan di bawah Akta Kefitnahan 1957 (Safar, 2002).
2. Slander. Fitnah ini berbentuk percakapan dan ia adalah sejenis fitnah yang tidak kekal dan ditujukan kepada telinga. Di Malaysia slander boleh dianggap sebagai satu jenayah di bawah Seksyen 499 Kanun Jenayah. Terdapat peruntukkan khas di mana terdapat jenis-jenis fitnah tidak perlu dibuktikan seperti fitnah terhadap wanita (Seksyen 4 Akta Fitnah), slander berkaitan reputasi rasmi, professional atau perniagaan dan slander hak milik.
Agak penting mengenal pasti fitnah yang mana satu slander dan libel
kerana undang-undang mengenakan tanggungan yang berbeza terhadap kedua-duanya.
Satu tuntutan
bagi fitnah yang dilakukan secara slander hanya boleh dibuat jika
orang yang menuntut (claimant) dapat menunjukkan kerugian khas (special
damages, kecuali dalam kes-kes tertentu).
Tetapi dalam fitnah
secara libel, undang-undang
menganggap kerugian telah dialami dan tuntutan boleh dibuat bila-bila masa sahaja
yang dituntut.
5. FAKTOR-FAKTOR
BERLAKUNYA FITNAH
Penyebaran
fitnah ini sering berlaku di media sosial sehingga mendatangkan keburukan
kepada masyarakat. Kebebasan yang
diberikan telah disalah guna oleh masyarakat sehingga menimbulkan masalah
kepada semua orang.
Antara
faktor yang menyebabkan berlakunya fitnah ialah kurangnya kesedaran diri
mengenai keburukan apabila melakukan fitnah.
Individu haruslah menyedari bahawa sikap fitnah ini amatlah buruk yang
dilarang oleh agama daripada melakukannya.
Individu juga haruslah sedar bahawa generasi muda inilah yang bakal
menyambung dan memimpin negara suatu hari nanti. Oleh itu, nilai-nilai agama yang baik
mestilah diterapkan sejak di bangku sekolah lagi supaya hal ini tidak berlaku.
Seterusnya,
kemudahan internet pada zaman sekarang juga menyebabkan penyebaran fitnah
berlaku. Contohnya, penyebaran fitnah daripada email dan mesej yang dihantar
secara berkelompok. Apabila ramai yang
berhubung secara begini, banyak fitnah disebarkan tanpa memeriksa perkara yang
sebenar. Fitnah yang tidak sahih akan
disebarkan dan serta-merta akan menjadi permasalahan sejagat. Contohnya, sesebuah pihak yang tidak
bertanggungjawab membuat suatu fitnah terhadap seseorang melalui internet dan
terdapat beberapa individu lain yang berkongsi “posting” tersebut, maka
terjadilah fitnah secara berterusan.
6. HUKUMAN DALAM UNDANG-UNDANG NEGARA
Dalam
undang-undang fitnah telah disifatkan sebagai suatu jenayah kursus dalam kanun
keseksaan di Bab 21, dari seksyen-seksyen 499-502 manakala seksyen 499
telah mentakrifkan perkataan “fitnah” dengan agak terperinci dan
menyeluruh. Untuk penjenayah yang didakwa dengan jenayah fitnah ini jika
disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh sehingga dua tahun
atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.
Fitnah
yang disebarkan melalui laman sosial juga boleh termasuk dibawah peruntukan fitnah
yang terkandung dalam Kanun Keseksaan ini. Ini adalah kerana ia termasuk kepada
“penyataan zahir menyiarkan apa-apa tomahan mengenai seseorang.” Yang
membezakannya adalah dengan fitnah biasa ialah cara bagaimana ia dilakukan,
iaitu penyebaran melalui laman sosial dan tidak lebih daripada itu, sedangkan
tujuan dan motif penjenayah adalah sama iaitu merosakkan nama baik seseorang.
Justeru, seksyen 499 boleh digunakan kepada fitnah yang dilakukan di alam siber
ataupun media sosial jika mematuhi syarat dan kecualian yang termaktub dalam
kanun keseksaan tersebut.
Disamping
itu, peruntukan dalam seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 juga mungkin
terpakai memandangkan subseksyen (1) seksyen berkenaan juga memasukkan
perkataan-perkataan seperti “apa-apa komen,komunikasi lain yang palsu,
atau sifatnya, dengan niat untuk menyakiti hati, dan menganiya orang
lain”. Frasa yang dimaksudkan dalam seksyen berkenaan juga boleh diterima pakai
dalam kes-kes yang melibatkan fitnah yang dilakukan di komputer dan ini juga
termasuklah di media- media sosial seperti facebook, twitter dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, hukuman dibawah akta ini mungkin lebih ringan berbanding
dengan hukuman yang diperuntukan di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaan.
7.
HUKUMAN DALAM UNDANG-UNDANG ISLAM
Bagi yang menyebarkan fitnah pula, apa yang dijanjikan oleh Allah
swt ialah mereka akan menerima balasan sesuai dengan kadar apa yang dengan
sengaja dan sungguh-sungguh dia kerjakan dari dosa isu buruk itu. Dan siapa
yang mengambil bahagian yang terbesar, yakni yang menjadi sumber serta pemimpin
kelompok itu, dalam penyiaran berita bohong itu maka baginya azab yang besar di
akhirat nanti.
Dosa membuat fitnah ini lebih besar daripada membunuh kerana
kesan fitnah ini sangat besar. Sedangkan pembunuhan sewenang-wenangnya adalah
juga dilarang di dalam Islam dan hukuman qisas akan menanti kepada mereka yang
membunuh apatah lagi perbuatan fitnah. Firman Allah swt dalam surah al-Baqarah
sebahagian ayat 217 yang bermaksud: “…Dan berbuat fitnah lebih
besar dari membunuh…”
Kesan kedua daripada sifat fitnah ini ialah fitnah itu sendiri
tergolong dalam perkara-perkara dusta. Kita dianjurkan untuk berhati-hati dalam
perbualan seharian seharian kita kerana jika kita menyatakan perkara yang kita
dengar sahaja maka ianya dianggap berdusta. Hal ini bertepatan dengan hadis
Nabi saw yang bermaksud:
Dari Abu Hurairah ra bahawa Nabi saw bersabda, “Seseorang
itu cukup dianggap berdusta kalau ia mengatakan segala apa yang didengarnya.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Mutiara hadis
ini menjelaskan bahawa perintah mengklarifikasi berita dan tidak membenarkan
setiap perkataan yang tidak jelas sumbernya. Ibnu Alan berkata, ‘Makna hadis
dan atsar dalam bab ini adalah teguran agar tidak membicarakan setiap hal yang
didengar. Kerana, yang didengar itu adakalanya benar dan adakalanya dusta.
Apabila seseorang membicarakan setiap hal yang didengarnya, maka ia telah berdusta.
Kerana, ia memberitahukan apa yang tidak ada.
Doa Nabi Ibrahim agar di jauhi daripada fitnah juga terdapat di
dalam al-Quran surah al-Mumtahanah ayat 5 yang bermaksud: “Wahai Tuhan kami! Janganlah
Engkau jadikan pendirian dan keyakinan kami terpesong kerana tindasan
orang-orang kafir, dan ampunkanlah dosa kami wahai Tuhan kami; sesungguhnya
Engkaulah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
Doa ini bagaikan menyatakan: Tuhan kami, jangan jadikan amal
perbuatan, ucapan, dan keadaan sosial kami buruk sehingga melahirkan
kesan yang buruk bagi agama Islam, yang berakibat menjauhkan non muslim dari
ajaran Islam dengan dalih, kalau ajaran Islam baik, tentu penampilan umatnya
baik pula
8.
KESAN-KESAN FITNAH
1.
Individu
Orang
yang melakukan fitnah biasanya hanya mementingkan kepuasan diri sendiri tanpa
memikirkan keburukan yang akan memberi kesan kepada orang lain pada hari
mendatang. Nama baik dan air muka
seseorang individu boleh tercemar atau tercalar apabila wujudnya fitnah yang
dilemparkan terhadapnya dan boleh membawa kepada keaiban. Hal ini akan menyebabkan wujudnya rasa
kebencian dan permusuhan oleh orang lain terhadap mangsa fitnah tersebut. Oleh itu, individu tersebut bukan sahaja akan
berdepan dengan cercaan dan pandangan serong malah reputasi dan kredibilitinya
juga akan dipertikaikan.
Selain
itu, fitnah secara tidak lansung boleh menyebabkan seseorang mangsa mengalami
tekanan emosi dan masalah psikologi apabila timbul stigma, pandangan negatif
dan prejudis terhadapnya. Tanpa iman dan
semangat yang kuat dan kental, seseorang itu pasti akan dicengkam dengan rasa
sedih dan murung yang melampau sehingga melarikan atau menyepikan diri dari
masyarakat. Jika keadaan lebih teruk,
mangsa mungkin mengalami agoraphobia, iaitu sejenis masalah apabila
penghidapnya mengalami rasa takut yang melampau untuk berada di tempat awam
atau terbuka.
Di
samping itu, fitnah juga boleh menjejaskan periuk nasi mangsa dan pekerjaan
atau sumber rezeki individu berkenaan akibat hilang kepercayaan orang
sekeliling yang terlalu percaya akan fitnah yang tersebar itu.
2.
Keluarga
Perbuatan
fitnah juga akan menyebabkan sesebuah keluarga sukar untuk saling memahami
antara satu sama lain kerana berlakunya salah faham. Hubungan kekeluargaan juga akan sentiasa
dipengaruhi rasa tidak tenteram dan sentiasa berbolak-balik. Ini secara tidak
lansung akan menyebabkan timbulnya perasaan dendam dalam diri mereka dan
mendorong kepada pergaduhan atau pertelelagahan.
Kesan
terhadap individu juga akan memberi impak yang sangat besar terhadap hubungan
kekeluargaan seperti tercetusnya masalah rumah tangga sehingga mengakibatkan
penceraian akibat cerita buruk melalui fitnah yang tersebar. Ini juga akan memudaratkan keluarga itu
sendiri kerana berlakunya kekasaran dan pukul-memukul antara suami isteri
sehingga memberikan tekanan kepada anak-anak khususnya yang masih kecil.
3.
Masyarakat
Fitnah
ialah satu perkara besar yang boleh merosakkan persaudaraan dan perpaduan. Kesan daripada perbuatan itu bukan hanya
merugikan seorang dua, malah menyebabkan permusuhan, pertelagahan serta
hilangnya perasaan kasih sayang, hormat dan kepercayaan dalam kalangan
masyarakat.
Apabila
ukhuwah serta semangat persaudaraan luntur, maka lenyap dan runtuhlah
kebahagiaan dan kemanisan hidup bermasyarakat.
Oleh itu, hilanglah sifat permuafakatan dalam kalangan masyarakat dan
berkuranglah amalan kemasyarakatan antara mereka yang telah dipupuk sejak azali
lagi. Kehidupan bermasyarakat mereka
juga akan huru-hara dan porak peranda akibat permusuhan.
4. Negara
Fitnah
juga mampu menngancam keselamatan negara apabila nama baik negara terjejas. Anasir-anasir fitnah yang berleluasa mampu
menyebabkan keseimbangan dan keselamatan negara tergugat lantas mencetuskan
pergolakan. Apabila salah faham akibat fitnah timbul seperti timbulnya
provokasi sentimen perkauman dan keagamaan, suasana yang genting boleh
mencetuskan peperangan dan pertumpahan darah.
Di samping kesan buruk fitnah terhadap institusi sosial, fitnah juga
boleh menjatuhkan ekonomi negara. Kesannya
ialah mewujudkan sentimen anti sesebuah negara serta membentuk persepsi palsu
dan negatif. Hal ini mampu memberikan impak kepada sektor ekonomi sesuatu
negara.
Keburukan
dan persepsi negatif ini boleh menakutkan pelabur dan peniaga asing untuk melabur
di sesebuah negara itu. Selain itu,
fitnah juga akan memberi tempias kepada sektor pelancongan sesebuah negara
malah boleh membawa kepada pemboikotan produk atau barangan dari sesebuah
negara itu. Akibatnya, ekonomi negara akan menjadi lumpuh.
5.
Agama
Penganut
agama Islam akan rasa takut dengan balasan dosa dan azab seperti yang telah
dinyatakan dalam Al-Quran dan Hadis. Namun,
penganut agama lain akan memandang serong terhadap agama Islam dan seterusnya
hilang rasa hormat akan agama Allah ini akibat daripada budaya fitnah yang
berleluasa dalam kalangan umat Islam pada masa kini. Akhir sekali, penghinaan dan penindasan
kepada umat Islam akan terjadi dengan lebih ekstrem.
8. ANTARA KEBEBASAN
BERSUARA DAN FITNAH DI SISI ISLAM
Agama
Islam juga mengetengahkan beberapa hak asasi yang boleh dipraktikkan oleh
seseorang Muslim. Sesungguhnya terdapat 6 kebebasan bersuara yang dianjurkan
oleh Islam (Harun Mahmud Hashim, 2001). Antaranya ialah, hak memberi nasihat,
hak berunding dan bermesyuarat, hak membuat ijtihad, hak mengkritik orang lain,
hak memberikan pendapat, hak untuk berpersatuan dan akhir sekali hak kebebasan
beragama.
Namun
begitu persoalan tentang kebebasan bersuara ini banyak menimbulkan kontroversi
di kalangan orang yang beragama Islam. Dari satu sudut, Islam dilihat sangat
sempurna apabila membenarkan umatnya untuk menyuarakan pendapat masing-masing.
Tetapi, apakah yang perlu dilakukan seandainya seorang yang menyuarakan
pendapatnya telah didapati menghina ataupun menyatakan sesuatu terhadap agama
Islam itu sendiri ataupun saudara sama-sama Islam? Masih boleh lagikah dia
dibela di bawah prinsip kebebasan bersuara ataupun dia perlu dihukum sebagai
orang yang tergolong dalam golongan pemfitnah?
Apabila
wujud sesuatu kontroversi seperti penghinaan terhadap Islam dan Muslim, kaum
Muslim akan berkempen untuk membawa golongan yang terlibat itu untuk dihadapkan
ke mahkamah. Alasannya, mereka telah melancarkan fitnah. Namun bagi pihak yang
dituduh, mereka berasakan yang mereka hanya mempraktikkan kebebasan bersuara
yang dianjurkan oleh Islam. Perkara ini jugalah yang berlaku terhadap seorang
ahli akademik Kuwait, Dr. Ahmad Al-Baghdadi yang dipenjarakan selama sebulan di
Kuwait kerana didapati menulis dalam satu artikel bahawa Nabi Muhammad S.A.W. telah
gagal dalam misinya di Makkah. (Abdelwahab El-Affendi, 1999) Sememangnya dari
sudut Al-Quran itu sendiri telah menekankan bahawa Nabi Muhammad tidak gagal
dalam misinya di Makkah. Hakikatnya, baginda berhijrah ke Madinah atas perintah
Allah bagi memastikan keselamatan baginda dan kaum Muslimin terjamin. Misinya
tidak terhenti setakat itu kerana daripada Madinah sendiri baginda masih lagi
berusaha untuk mendidik dan berdakwah kepada penduduk Makkah.
Ini
adalah sesuatu yang sangat subjektif kerana kadangkala ada pihak yang merasakan
perkataan atau ayat itu tidak berbentuk fitnah tetapi pihak lain beranggapan
yang sedemikian. Persepsi sebegini ini banyak dipengaruhi secara psikologi,
latar belakang dan pengetahuan seseorang individu yang terbabit.
Ini akan
menyebabkan individu yang bukan beragama Islam mempunyai salah tanggapan bahawa
agama Islam itu ialah satu agama yang jumud, terhad dan tidak bebas. Sedangkan
hakikatnya Islam itu merupakan satu agama yang mementingkan kebebasan bersuara
seperti agama dan masyarakat lain. Cuma Islam sedikit unik apabila ia
mementingkan kemakmuran dan keamanan dan dengan itu ia menolak segala macam
bentuk penganiayaan kepada kaum Muslim dan juga bukan Muslim.
Islam
juga menekankan bahawa mana-mana kaumnya yang mengeluarkan perkataan boleh
dikategorikan sebagai fitnah sekiranya ia mendatangkan bencana kepada individu
lain. Di dalam Al-Quran tidak disebut ‘perkataan’ yang hanya merujuk kepada
perkataan lisan sahaja. Oleh itu, ia menunjukkan bahawa perkataan itu membawa
maksud yang sangat luas merangkumi perkataan dari segi lisan mahupun bukan
lisan. Oleh itu juga kajian tinjauan ini akan merungkai sama ada fitnah siber
itu juga boleh dijatuhkan hukuman ataupun terangkum dalam golongan pemfitnah
seperti yang terkandung dalam Al-Quran.
9. LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
FITNAH
1.
Mewujudkan
sebuah badan khas yang menyelenggara atau menapis segala paparan di laman
sesawang. Hal ini kerana laman sesawang telah menjadi medium utama pada masa
kini untuk menyebarkan fitnah kerana sifatnya yang terbuka dan bebas berbanding
media cetak. Apatah lagi konsep kebebasan bersuara dan hak asasi manusia yang
diamalkan tanpa sekatan dalam internet itu sendiri membolehkan sesiapa sahaja
menghantar atau menyiarkan sebarang maklumat sama ada benar atau tidak.
Seandainya sebuah badan penapis atau pemantau diwujudkan, cerita-cerita yang
tidak sepatutnya dapat dihalang untuk disiarkan, seterusnya mampu mengurangkan
masalah fitnah.
2.
Menguatkuasakan
undang-undang yang lebih berkesan. Undang-undang tersebut bukan sekadar
menyediakan hukuman berat kepada pesalah fitnah yang telah dibuktikan malahan
mampu menakutkan semua, agar tidak sewenang-wenangnya berkata, menulis atau
menyiarkan sesuatu yang tidak benar.
3.
Memberi
pendedahan yang meluas kepada masyarakat akan etika penulisan yang sebenar juga
merupakan cara untuk mengatasi masalah fitnah. Jika dilihat, masyarakat kini
lebih cenderung untuk sekadar menulis apa yang terlintas di fikiran tanpa
memikirkan implikasi yang timbul akibat penulisan tersebut. Hal ini terjadi
kerana mereka tidak tahu dan tidak peka terhadap etika penulisan atau
undang-undang berkenaan penulisan itu sendiri. Dalam hal ini, media massa dan
elektronik akan memainkan peranan yang cukup besar dalam menyebarkan prosedur
sebenar penulisan yang tidak melanggar syarat-syarat menulis bukan sahaja
berkaitan isu sensitif seperti berkenaan agama dan politik malahan penggunaan
bahasa yang sesuai dalam penulisan.
4.
Mewajibkan
atau melakukan penegasan agar semua data-data, fail atau laman-laman sesawang
didaftarkan sebelum boleh dilayari. Hal ini bagi memudahkan sebarang maklumat
tidak sah atau tidak benar dikesan seterusnya membolehkan seseorang lebih
berhati-hati dan meneliti terlebih dahulu tulisan mereka kerana dikhuatiri,
jika penulisan tersebut mengandungi unsur fitnah, mereka akan dikenakan
tindakan sewajarnya bak bidalan lama, ‘cakap siang pandang-pandang, cakap
malam, dengar-dengar.’
10. CARA-CARA UNTUK MENGHADAPI FITNAH DALAM AGAMA
ISLAM
1)
Menghindari
tuduhan yang bersifat prasangka adalah kewajiban yang wajib ditunaikan kaum
muslim. Mereka terutama para pemimpin juga harus menyadari bahwa prasangka
seperti itu menjadi pusat perhatian lawan maupun kawan. Karena itu, sedapat
mungkin agar dapat menghindari tempat-tempat dan hal apa pun yang bisa
menimbulkan prasangka buruk.
2)
Jangan
menerima isu begitu saja. Berita apa pun yang tidak diperkuat dengan bukti,
harus ditolak oleh setiap Muslim. Sebagaimana difirmankan Allah Ta’ala dalam al
Qur’anul Karim, “Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat
orang saksi atas berita bohong itu? Oleh karena mereka tidak mendatangkan
saksi-saksi maka mereka itulah di sisi Allah adalah pendusta.” (QS. An Nur,
24:13)
3)
Menimbang
secara cermat dalam menilai benar-tidaknya suatu isu. Caranya dengan
membandingkan isu yang berkembang dengan kenyataan ada pada diri anda sendiri.
Dengan demikian, pastilah anda akan tetap mempercayai teman anda itu seperti
halnya mempercayai diri anda sendiri. Cara menimbang seperti itu diakui dan dipuji
oleh Al Qur’anul Karim.
4)
Jangan
sekali-kali membiarkan hawa nafsu ikut campur dalam tersebarnya berita bohong.
Kerana memperturutkan hawa nafsu, sama saja kita menjerumuskan diri kita ke
dalam lembah kesesatan.
5)
Janganlah
membalas berita bohong dengan berita bohong yang lain dan janganlah membalas
isu yang dusta dengan isu lain yang serupa. Hendaklah pula orang yang difitnah
itu mampu menahan diri. Maksudnya, jangan membiarkan lidahnya berbicara yang
melanggar kehormatan orang lain, sekalipun orang lain itu telah menganiaya
dirinya, sampai terbukti dirinya benar dan tidak bersalah. Inilah sikap yang
sangat penting, yang kita serukan kepada siapa pun yang sedang terkena isu.
11. KESIMPULAN
Kesimpulannya,
dapat kita lihat bahawa fitnah turut dinyatakan dengan jelas dalam Al-Quran dan
juga sabda-sabda Nabi Muhammad S.A.W. sebagai satu perkara yang amat berbahaya
kepada umat Islam khususnya. Siksaan yang dijanjikan Allah terhadap golongan
yang memfitnah adalah sangat berat dan mereka tidak akan terlepas dengan mudah
lebih-lebih lagi di akhirat. Islam juga telah menggariskan beberapa panduan
yang khusus bagi memastikan umatnya tidak keliru dengan kebebasan bersuara yang
dianjurkan sehingga boleh mengakibatkan fitnah.
Langkah-langkah
untuk mengatasi fitnah di alam siber dan internet haruslah dibendung oleh semua
pihak tidak kira dari pihak individu, masyarakat, agama dan negara. Dengan kerjasama daripada semua pihak,
pastinya masalah fitnah ini dapat dielakkan daripada berlaku.
Seseorang
individu haruslah sedar bahawa kebijaksanaan dalam menggunakan Internet semasa
memberikan pendapat dan buah fikiran adalah amat penting. Biarpun Internet
berupaya menjadi penghubung dan medium dalam penyampaian sesuatu pengetahuan
dan maklumat, mereka perlu lebih peka dengan perkara-perkara sensitif yang
perlu dipelihara agar keharmonian sejagat dapat dikekalkan.
Setiap
kata-kata yang dikeluarkan daripada mulut ataupun tulisan di media sosial
haruslah dijaga agar ia tidak menjadi fitnah.
Jaga hati kita daripada mengeluarkan fitnah kepada orang lain dan
elakkan daripada hasad dengki dalam diri setiap orang. Bayangkan jika kita yang
terkena fitnah itu, pasti kita akan turut kecewa. Oleh itu, fikir dahulu sebelum mengeluarkan
segala kata-kata yang tidak pasti terhadap seseorang. Kepada mereka yang terkena fitnah, semoga tabah
dan bergantunglah kepada Allah kerana sesungguhnya hanya Allah yang dapat
menolongmu dan semoga Allah memberi hidayah kepada pemfitnah itu.
12. LAMPIRAN
13. RUJUKAN
Buku Rujukan
Marzuki Sepiaail, Rina
Fakhizan Mohd Sukri, Alias Mat Saad (2016).
Komunikasi dan Penyiaran dalam
Islam, Selangor: Oxford Fajar Sdn.
Bhd.
Laman Web
- http://miafadat.blogspot.com/2017/12/fitnah-yang-berlaku-di-media-sosial-dan.html
- https://tanwir.my/ancaman-allah-swt-kepada-orang-yang-berbuat-fitnah/
- http://dua6022-polisas.blogspot.com/
- http://perleluasaanfitnah.blogspot.com/2017/01/perleluasaan-fitnah-dalam-media-sosial.html
- https://gejalasosialblog.wordpress.com/faktor-faktor-berlakunya-fiitah/
- http://fitnahdep5a.blogspot.com/2016/10/langkah-langkah-mengatasi-fitnah.html
- http://persepsimuslimah.blogspot.com/2018/02/kesan-kesan-berlaku-fitnah-di-media.html
No comments:
Post a Comment