Monday, 29 January 2018

PRINSIP ASAS PENGURUSAN ISLAM


DUA 2022: PENGURUSAN DALAM ISLAM E-FOLIO

TAJUK
PRINSIP ASAS PENGURUSAN ISLAM
NAMA JABATAN
JABATAN PERDAGANGAN
PROGRAM
DIPLOMA SAINS KESETIAUSAHAAN
NAMA PENSYARAH
PUAN WAHIDAH BINTI MAT SAID
NAMA
FASIHA AN NISA BINTI MOHD MISNI (02DSK17F1047)
NUR FARHANAH BINTI MAMAT (02DSK17F1021)
NURUL ATIRAH BINTI ABD GHANI (02DSK17F1053)
WAN NOR AZLIN BINTI WAN YUSOFF (02DSK17F1011)
NUR FATIN NABILAH BINTI MOHD ZAIN (02DSK17F1041)

ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN
2.0 PRINSIP ASAS PENGURUSAN ISLAM
2.1 Al-UBUDIYYAH
2.2 AL-SYURA
2.3 AL-HURRIYAH
2.4 AL-MUSAWAH
2.5 AL-ADALAH
3.0 PENUTUP
4.0 LAMPIRAN
5.0 RUJUKAN


1.0 PENGENALAN

Segala puji bagi Allah sekelian alam dan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W

Kumpulan kami diberi tugasan yang bertajuk prinsip asas pengurusan Islam. Dalam tajuk ini, kami akan membincangkan tentang Prinsip Al-Ubudiyyah, As-Syura, Al-Huriyyah, Al-Musawah dan Al-Adalah.

Prinsip ialah asas atau dasar yang menjadi pokok sesuatu pemikiran, tindakan atau pelaksanaan.
Pengurusan Islam secara hakikatnya merupakan terjemahan kepada "'Kerajaan Islam" atau pemerintahan islam.Oleh itu, prinsip sesebuah "Negara Islam" secara umumnya melibatkan prinsip-prinsip seperti Al-Ubudiyyah, Al-Syura, Al-Hurriyah, Al-Musawah dan Al-Adalah

2.0 PRINSIP ASAS PENGURUSAN ISLAM
2.1 Al-UBUDIYYAH
Al-Ubudiyyah merupakan prinsip organisasi yang berkaitan dengan matlamat dan fungsi utama manusia sebagai hamba Allah.
Prinsip ini merujuk kepada sifat pengabdian diri seorang insan dengan setelusnya hanya kepada Allah.

"Janganlah kamu sembah dua Tuhan. Hanya dia Tuhan yang Esa, sebab itu takutlah kamu kepada-Ku. Allah memiliki apa-apa yang dilangit dan di bumi dan kepada-Nya hendaklah kamu patuh selama-lamanya. Adakah kamu takut kepada yang lain selain Allah?" (Surah al-Nahl 16:51-52)

Setiap manusia merupakan khalifah yang dilantik oleh Allah untuk memakmurkan muka bumi.

        2.1.1  KONSEP UBUDIYYAH
1.  Allah tidak meredhai hamba-Nya yang bersikap menjauhi kemewahan dunia dengan mengurung diri di dalam rumah-rumah ibadat dan masjid semata-mata untuk tujuan beribadat, sedangkan manusia boleh beribadat di mana sahaja .
2.    Hubungan manusia dengan Allah adalah berasaskan satu perjanjian atau kesanggupan yang azali. Manusia telah mengakui ketuhanan (ubudiyyah) Allah serta menyatakan kesanggupan untuk mengabdikan diri semata-mata kepadaNya. Konsep ubudiyyah bukan sahaja dapat mencorakkan pembentukkan individu warganya, tetapi juga membentuk halatuju serta budaya organisasi tersebut.

2.1.2 PERKARA PENTING YANG BERKAITAN DENGAN UBUDIYYAH SERTA HUBUNGANNYA

Matlamat atau hala tuju organisasi perlu seiring dengan konsep pengabdian diri kepada Allah.

1.   Cara, kaedah atau kegiatan yang dilaksanakan untuk mencapai matlamat organisasi juga perlu seiring dengan konsep ubudiyyah kepada Allah. Ini menjadikan cara untuk untuk mencapai matlamat tersebut mengambil kira nilai dan prinsip islam dan menegaskan penolakan terhadap kensep 'matlamat menghalalkan cara'.
2.   Budaya yang wujud dan subur di dalam organisasi perlu didokong oleh semangat pengabdian diri kepada Allah SWT.


2.1.3 KESAN YANG POSITIF KEPADA PEMBENTUKAN WATAK WARGA ORGANISASI SERTA BUDAYA ORGANISASI YANG DIWUJUDKAN:

1.    Warga organisasi akan mengaitkan segala kegiatan dalam organisasi dengan agama. Hal ini menjadikan  mereka seorang yang sensitif dengan arahan dan tegahan agama. Oleh itu, perkara ini  dapat mengambarkan bahawa agama menjadi nilai atau prinsip utama dalam sesebuah organisasi.
2.   Warga organisasi akan berusaha untuk menjadikan setiap kegiatan dalam organisasi sebagai satu ibadah dengan menjaga adab dan syarat-syaratnya.
3.   Budaya yang wujud dalam organisasi menjadi sesuatu yang positif sejajar dengan nilai dan prinsip agama. Ini akan menyumbang ke arah pengurusan dan mengurangkan pelbagai bentuk perkara yang negatif.
4.  Agama menjadi unsur utama dalam menentukan tindak-tanduk dan kegiatan dalam organisasi. Seluruh warga dapat menjadikan agama sebagai penentu nilai utama dalam kegiatan perkembangan organisasi.

2.1.4 PENGABDIAN ITU TERGANTUNG KEPADA PENGENALAN KEPADA KETUHANAN ALLAH

Apabila seseorang itu telah mengenal bahawa Allah itu Tuhan dan penciptanya dan dia juga tahu bahawa dia itu sangat memerlukankanNya, maka dia akan tahu, bahawa pengabdian itu bergantung kepada ketuhanan Allah itu sendiri.  Dan orang ini sudah pasti akan meminta kepada Allah dan merendahkan diri serta menyerah bulat (Tawakkal) kepada-Nya. 
Kadang-kadang kita juga derhaka kepada Allah, tetapi dalam waktu yang sama kita menyembah Allah dan taat kepada-Nya.

Perkara ini tidak dapat membezakan antara ahli syurga dan ahli neraka dan belum dapat menjadikan seseorang itu mukmin, seperti yang ditegaskan Allah:

“Dan kebanyakan mereka itu tidak beriman kepada Allah, bahkan mereka itu orang-orang yang menyekutukan Allah” (QS Yusuf 10)

2.2 AL-SYURA

As-syura bermaksud sebelum sesuatu keputusan itu dibuat, kita diwajibkan terlebih dahulu mengadakan perbincangan.  Ia bertujuan untuk memberi peluang penyertaan ahli disamping mendapat keputusan majoriti.
Dalil yaang berkaitan dengaan prinsip As-Syura, firman Allah s.w.t yang bermaksud: “... dan bermesyuaratlah dengan mereka ... (Al-Imran:159)

 2.2.1 MENGIMPLEMENTASIKAN AMALAN SYURA
·         Islam menjadikan amalan syura sebagai suatu pendekatan yang perlu diterapkan dalam segala bidang kehidupan.
·         Proses syura yang dijalankan akan memberi peluang kepada yang terlibat untuk mengemukakan pandangan secara bebas dan pada masa yang sama menghargai pandangan pihak lain. Akhirnya keputusan yang terbaik akan dapat dicapai melalui penyertaan pelbagai pihak.
    2.2.2 KEPENTIGAN AL SYURA
v  Amalan syura menjadikan keputusan yang dibuat menjadi lebih baik berdasarkan logik akal, keputusan yang dibuat mengikut pandangan ramai lebih baik daripada pandangan seorang .
v  Syura akan memantapkan keputusan yang dibuat hasil daripada perbincangan yang lebih matang dan mendalam .
v  Syura juga akan dapat mengelakkan kekeliruan dan ketidakfahaman kerana ia dibincangkan dengan teliti dan melibatkan jumlah ahli majlis yang ramai.
v   Melalui syura, kesalahan yang besar dapat dielakkan kerana keputusan yang dibuat telah diputuskan secara ramai .

  2.2.3  PERANAN MAJLIS SYURA
        ·         Menggubal peraturan-peraturan organisasi .
        ·         Menjalankan setiap aktiviti organisasi yang difikirkan berfaedah mengikut syariah.
        ·         Meluluskan program-program kewangan.
        ·         Berkuasa mengishtiharkan rancangan darurat organisasi yang difikirkan perlu.  

  2.3 AL-HURRIYAH(KEBEBASAN)

Kedatangan Islam telah membebaskan manusia dari sistem perhambaan. Islam juga menjamin kebebasan aqidah, individu, hak milik, pendidikan dan juga mencari rezeki. Islam tidak melarang umatnya untuk menyatakan pendapat serta buah fikiran selagi tidak melanggar al-quran dan al-hadith. Kehidupan masyarakat dalam islam ialah keidupan bermasyarakat. Islam mewajibkan umatnya untuk melaksanakan amal ma’ruf nahi mungkar. Setiap dari kita berhak untuk menegur serta menyatakan pendapat kita kepada sesama muslim.

Maksud sabda Baginda:
“Sesiapa ada melihat kemungkaran di hadapan kamu maka hendaklah kamu mengubah dan mencegahnya dengan tangan kamu (dengan tangan kamu) maka hendaklah kamu ubah dengan lidah.  Jika kamu masih lagi tidak mampu, maka hendaklah kamu ubah dengan hati.  Itu adalah selemah iman."   (Hadis riwayat Muslim, Tirmizi dan Ibnu Majah)  
                                                                                                  

2.3.1 KEBEBASAN
ü  Bebas daripada mengikut kehendak nafsu syahwat
ü  Bebas daripada mengikuti kehendak diri kerana focus kepada kehendak (ketaatan) kepada yang Esa
ü  Bebas daripada mengikuti resam (adat) dan kesan (pengaruh luar) terhadap perkara-perkara yang akan memusnahkan diri mereka daripada mendapat tajlli (jelmaan cahaya hikmah) daripada Tuhan

2.3.2 CONTOH AL-HURRIYAH DALAM PENGURUSAN

                      i.        Kebebasan diri
o   Setiap individu berhak untuk mendapatkan perlindungan daripada undang-undang yang dikuatkuasakan dan tidak boleh dinafikan haknya melainkan melalui perintah undang-undang.
                    ii.        Kebebasan beragama
o   Islam sama sekali tidak boleh memaksa penganut-penganut agama lain untuk memeluk agama Islam
                   iii.        Kebebasan untuk mencari dan memiliki rezeki
o   Kebebasan jenis ini hendaklah menjadi keutamaan kepada pihak organisasi atau jabatan dalam ertikata pihak-pihak tersebut hendaklah juga memberikan keutamaan kepada para pekerjanya untuk sama-sama merasai dan memiliki keuntungan syarikat atau jabatan dengan pembayaran gaji, imbuhan dan elaun.

2.4 AL-MUSAWAH
2.4.1 PRINSIP AL-MUSAWAH         
 
Al-Musawah membawa maksud persamaan. Persamaan yang dimaksudkan dalam konteks ini ialah mengenai persamaan taraf daan kedudukan setiap pentadbir, pengurus ataupun setiap individu di sisi undang-undang atau peraturan dalam memperolehi hak-hak asasi dan pada taraf atau status kemanusiaan. Semua manusia berasal daripada satu keturunan yang sama dan hanya berbeza dari sudut amalan, tanggungjawab dan ketaqwaan sahaja.

Firman Allah S.W.T.
                "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami ciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah jadikan kamu berbilang bangsa dan bersuku-suku supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya , semulia-mulia kamu di sisi Allah adalah orang-orang yang paling bertaqwa."  (Surah Al-Hujurat ayat 13)

           Ayat ini membawa maksud manusia adalah sama dan terikat di sisi peraturan atau undang-undang yang syarie, tanpa sebarang pengecualian atau keistimewaan. Tiada sesiapa yang boleh menjatuhkan taraf dan kehormatan orang lain melainkan jika ianya dibenarkan oleh undang-undang. Islam menentang keras kewujudan sistem kasta iaitu membezakan manusia berdasarkan warna kulit, bahasa, bangsa, budaya, pangkat, asal keturunan dan sebagainya.

2.4.2 TANGGUNGJAWAB TERHADAP UNDANG-UNDANG

Semua manusia terikat dengan peruntukan undang-undang yang sama tanpa    dibezakan bangsa, keturunan, pangkat, warna kulit dan lain-lain . Undang-undang tidak boleh digubal hanya untuk dikuatkuasakan kepada golongan atau bangsa tertentu sahaja.

2.4.3 TANGGUNGJAWAB TERHADAP HUKUMAN 

Semua manusia mesti dipertanggungjawabkan dengan hukuman yang telah dijatuhkan tanpa mengira kedudukan, taraf, waran kulit, bangsa ataupun keturunan seseorang. Semua manusia terikat dengan undang-undang, peraturan dan hukuman yang sama. Hukuman tidak boleh dijatuhkan berbeza dengan mengikut taraf dan darjat seseorang.

2.4.2 AGIHAN DAN PENERIMAAN KEMUDAHAN

Harta yang telah diiktirafkan sebagai harta awam seperti sekolah, hospital, jalanraya  serta taman permainan dan sebagainya haruslah dikongsi bersama. Penafian terhadap hak ini akan menimbulkan konflik sosial yang mengakibatkan kesan negative seperti rusuhan kaum dan tunjuk perasaan .
      
Al-Musawah merupakan prinsip pengurasan Islam yang melambangkan kesejagatan Islam dan sistemnya. Pendekatan Islam tidak berlandaskan keturunan, waran kulit dan sebagainya, namun dibina atas dasar persamaan yang dalam konteks organisasi semuanya diberikan kedudukan sama rata untuk berkhidmat dan menyumbangkan usaha dalam memajukan organisasi .

 2.5 AL-ADALAH
Maksud Al-‘Adalah ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.  Dari segi istilah, meletakan sesuatu itu pada tempatnya berdasarkan kepada ketentuan  akidah syariah dan akhlak serta bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah.
Menurut Al-Mawardi ia juga bermaksud bercakap benar, jelas kejujuran, menjauhi haram, memelihara diri dari melakukan dosa atau bersubhat dengannya.
Dalil yang mengatakan tentang Al-‘Adalah, firman Allah s.w.t yang bermaksud:
‘sesungguhnya Allah s.w.t menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta memberikan bantuan kepada kaum kerabat...”  (Surah Al-Nahl:90)


2.5.1 KEADILAN BOLEH DILAKSANAKAN DALAM PERKARA SEPERTI BERIKUT :-

1.    Membuat Sesuatu Keputusan
     Sebelum membuat keputusan berkaitan dengan sesuatu perkara kita seharusnya melihat dari pelbagai sudut membuat keputusan tersebut.  Ini bagi mengelakkan sesuatu keputusan yang akan menyebabkan kita menyesalinya. 
2.    Pengucapan
Keadilan dalam pengucapan bermaksud kita menyampaikan sesuatu perkara kepada golongan-golongan tertentu mengikut kemampuan penerimaan mereka.

3.    Keadilan terhadap Allah s.w.t
Kita tidak boleh syirik kepada Allah s.w.t iaitu dengan mengakui kewujudan tuhan selain Allah s.w.t.  Dosa syirik adalah dosa yang paling besar dan tidak diampuni oleh Allah s.w.t.

4.    Timbangan dan ukuran
Sesuatu perniagaan yang melibatkan timbangan atau ukuran hendaklah memjauhi daripada penyelewengan terhadap nilai timbangan dan ukuran.

5.    Pengurusan Harta
Khususnya dalam pemeliharaan harta anak yatim piatu, kita dilarang sama sekali daripada mengunakan harta mereka sehingga mereka meningkat dewasa.
Selain itu keadialan juga hendaklah dilakukan dan dilaksanakan dalam urusan penghukuman dan terhadap mereka yang tidak sependapat dengan kita.


2.5.2 BENTUK-BENTUK KEADILAN

Keadilan terbahagi kepada beberapa bentuk yang perlu kita fahami, berikut adalah bentuk-bentuk keadilan:

1.    Keadilan Dalam Bentuk Bersamaan.
Sesebuah organisasi hendaklah melaksanakan keadilan dalam bentuk bersamaan seperti bendapat bonus tahunan, hak bercuti dan sebagainya.

2.    Keadilan Dalam Bentuk Perbezaan.
Setiap semua berhak untuk diberi gaji oleh majikan mereka, tetapi terdapat perbezaan dalam jumlah gaji yang diberikan oleh majikan berdasarkan kelulusan yang diperoleh dan tanggungjawab yang diberi.

3.    Keadilan Dalam Bentuk Hak Istimewa
     Hak istimewa yang diberikan kepada individu yang tertentu berdasarkan sumbangannya kepada organisasi.

2.5.3 CIRI-CIRI KEADILAN DALAM PENGURUSAN

1.    Memberi kerja yang sesuai dengan fitrah individu masing-masing.  Kerja yang berat memerlukan kekuatan dan ketahanan fizikal tubuh badan seperti tentera dan pekerja lombong amat sesuai untuk lelaki. Manakal bagi kerja yang memerlukan ketelitian dan perhatian khursus yang istimewa seperti guru kanak-kanak dan jururawat amat sesuai untuk wanita.
2.    Memberi upah, ganjaran atau insentif yang sewajar kepada pekerja berdasarkan kerja yang dilakukan sepeti yang terdapat dalam kontrak perkhidmatan. Para pekerja mempunyai hak tersendiri seperti yang termaktub dalam peraturan organisasi dan undang-undang buruh.  Sekiranya hak mereka dinafikan, maka dengan sendirinya pengurus sudah berlaku tidak adil.
3.    Mengenakan hukuman yang wajar dengan kesalahan yang dilakukan.  Keadilan dalam Islam banyak menyentuh tentang perihal hukuman.  Dalam pengurusan, perkara ini dikenali sebagai hukuman.  Dalam pengurusan, perkara ini dikenali sebagai disiplin. Seseorang pengurus dalam mengenakan tindakan disiplin perlu bertindak dengan adil, iaitu tidak bermotif jahat, tidak bersifat peribadi dan tindakan yang diambil pula saksama.

3.0 PENUTUP

Syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya kami sekumpulan dapat menyiapkan tugasan yang bertajuk Prinsip Asas Pengurusan Islam. Terima kasih kepada Puan Wahidah binti Mohd Said kerana memberi kesempatan kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada rakan sekumpulan yang memberi kerjasama dalam menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Berdasarkan tajuk Prinsip Asas Pengurusan Islam ini, banyak nilai dan pengajaran yang dapat diambil daripada prinsip Al-Ubudiyyah, Al-Syura, Al-Hurriyah, Al-Musawah dan Al-Adalah.

Prinsip Al-Ubudiyyah menerangkan perkara mengabdikan diri kepada Allah. Selain itu, Al-Ubudiyyah merupakan prinsip organisasi yang berkaitan dengan matlamat dan fungsi utama manusia sebagai hamba Allah.

Selain tu, Prinsip Al-Musawah merupakan prinsip pengurusan Islam yang melambangkan kebersamaan Islam dan organisasinya. Pendekatan Islam bukanlah melalui warna kulit, keturunan dan lain-lain tetapi dibina atas dasar persamaan yang dalam. Oleh itu juga, prinsip Al-Musawah ini berkenaan dengan persamaan antara manusia dengan manusia yang lain.

Seterusnya, prinsip Al-Huriyyah menerangkan tentang kebebasan dan kemerdekaan dalam Islam terutama dalam konteks sebuah organisasi. Kebebasan melambangkan penghargaan Islam terhadap hak yang dimiliki individu, selama mana ianya tidak melanggar batasan yang ditentukan oleh Islam.

Di samping itu, prinsip Al-Syura merupakan satu tuntutan agama dan pelaksanaannya beerti menyempurnakan lagi suruhan agama dan meninggalkannya beerti menjauhkan diri dari tasawwur Islam. Ini adalah kerana, memang tidak dapat dinafikan lagi kebaikan dan kelebihan yang diperolehi sebagaimana yang terjadi di zaman Rasulullah s.a.w. dan para sahabat. Oleh kerana ini Allah s.w.t. menuntut umat Islam agar mengimplimentasikannya .

Akhir sekali, Al-Adalah iaitu keadilan. Keadilan dalam islam merujuk kepada hak iaitu pemberian hak kepada yang berhak dan meletakkan sesuatu pada tempatnya. Dalam konteks pengurusan organisasi, keadilan merupakan tunjang kepada segala bentuk amalan dan pengurusan yang dilaksanakan.

Jadi, prinsip asas pengurusan Islam sangat penting dalam kehidupan dan organisasi kerja.

4.0 LAMPIRAN




5.0 RUJUKAN

BUKU RUJUKAN

1.  Syaikhul islam Ibnu Taimiyah (1982), Al ‘Ubudiyyah, Surabaya: PT Bina Ilmu
2. Azman Che Omar (2001), Pengurusan Di Malaysia dari Perspektif Islam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

LAMAN WEB

No comments:

Post a Comment

Perleluasan Fitnah Yang Berlaku Dalam Internet atau Media Sosial

DUA 6022: KOMUNIKASI & PEN...