DUA 2022: PENGURUSAN DALAM ISLAM E-FOLIO
TAJUK
PRINSIP ASAS PENGURUSAN ISLAM
NAMA JABATAN
JABATAN PERDAGANGAN
PROGRAM
DIPLOMA SAINS KESETIAUSAHAAN
NAMA
PENSYARAH
PUAN WAHIDAH BINTI MAT SAID
NAMA
FASIHA AN NISA BINTI MOHD
MISNI (02DSK17F1047)
NUR FARHANAH BINTI MAMAT
(02DSK17F1021)
NURUL ATIRAH BINTI ABD GHANI
(02DSK17F1053)
WAN NOR AZLIN BINTI WAN
YUSOFF (02DSK17F1011)
NUR FATIN NABILAH BINTI MOHD
ZAIN (02DSK17F1041)
ISI KANDUNGAN
1.0
PENGENALAN
2.0 PRINSIP ASAS PENGURUSAN ISLAM
2.1 Al-UBUDIYYAH
2.2 AL-SYURA
2.3 AL-HURRIYAH
2.4
AL-MUSAWAH
2.5 AL-ADALAH
3.0 PENUTUP
4.0 LAMPIRAN
5.0 RUJUKAN
1.0 PENGENALAN
Segala
puji bagi Allah sekelian alam dan selawat dan salam ke atas junjungan besar
Nabi Muhammad S.A.W
Kumpulan
kami diberi tugasan yang bertajuk prinsip asas pengurusan Islam. Dalam tajuk
ini, kami akan membincangkan tentang Prinsip Al-Ubudiyyah, As-Syura,
Al-Huriyyah, Al-Musawah dan Al-Adalah.
Prinsip ialah asas atau dasar yang menjadi pokok sesuatu
pemikiran, tindakan atau pelaksanaan.
Pengurusan Islam secara hakikatnya merupakan terjemahan
kepada "'Kerajaan Islam" atau pemerintahan islam.Oleh itu, prinsip
sesebuah "Negara Islam" secara umumnya melibatkan prinsip-prinsip
seperti Al-Ubudiyyah, Al-Syura, Al-Hurriyah, Al-Musawah dan Al-Adalah
2.0
PRINSIP ASAS PENGURUSAN ISLAM
2.1 Al-UBUDIYYAH
Al-Ubudiyyah
merupakan prinsip organisasi yang berkaitan dengan matlamat dan fungsi utama
manusia sebagai hamba Allah.
Prinsip
ini merujuk kepada sifat pengabdian diri seorang insan dengan setelusnya hanya
kepada Allah.
"Janganlah kamu sembah
dua Tuhan. Hanya dia Tuhan yang Esa, sebab itu takutlah kamu kepada-Ku. Allah
memiliki apa-apa yang dilangit dan di bumi dan kepada-Nya hendaklah kamu patuh
selama-lamanya. Adakah kamu takut kepada yang lain selain Allah?" (Surah al-Nahl 16:51-52)
Setiap
manusia merupakan khalifah yang dilantik oleh Allah untuk memakmurkan muka
bumi.
2.1.1 KONSEP
UBUDIYYAH
1. Allah
tidak meredhai hamba-Nya yang bersikap menjauhi kemewahan dunia dengan
mengurung diri di dalam rumah-rumah ibadat dan masjid semata-mata untuk
tujuan beribadat, sedangkan manusia boleh beribadat di mana sahaja .
2. Hubungan
manusia dengan Allah adalah berasaskan satu perjanjian atau kesanggupan
yang azali. Manusia telah mengakui ketuhanan (ubudiyyah) Allah serta
menyatakan kesanggupan untuk mengabdikan diri semata-mata kepadaNya. Konsep ubudiyyah bukan sahaja
dapat mencorakkan pembentukkan individu warganya, tetapi juga membentuk halatuju
serta budaya organisasi tersebut.
2.1.2 PERKARA PENTING YANG BERKAITAN DENGAN
UBUDIYYAH SERTA HUBUNGANNYA
Matlamat
atau hala tuju organisasi perlu seiring dengan konsep pengabdian diri kepada
Allah.
1. Cara,
kaedah atau kegiatan yang dilaksanakan untuk mencapai matlamat organisasi
juga perlu seiring dengan konsep ubudiyyah kepada Allah. Ini menjadikan
cara untuk untuk mencapai matlamat tersebut mengambil kira nilai dan
prinsip islam dan menegaskan penolakan terhadap kensep 'matlamat menghalalkan
cara'.
2. Budaya
yang wujud dan subur di dalam organisasi perlu didokong oleh semangat
pengabdian diri kepada Allah SWT.
2.1.3
KESAN YANG POSITIF KEPADA PEMBENTUKAN WATAK WARGA ORGANISASI SERTA BUDAYA
ORGANISASI YANG DIWUJUDKAN:
1. Warga
organisasi akan mengaitkan segala kegiatan dalam organisasi dengan agama. Hal
ini menjadikan mereka seorang yang sensitif dengan arahan dan tegahan
agama. Oleh itu, perkara ini
dapat mengambarkan bahawa agama menjadi nilai atau prinsip utama
dalam sesebuah organisasi.
2. Warga
organisasi akan berusaha untuk menjadikan setiap kegiatan dalam organisasi
sebagai satu ibadah dengan menjaga adab dan syarat-syaratnya.
3. Budaya
yang wujud dalam organisasi menjadi sesuatu yang positif sejajar dengan nilai
dan prinsip agama. Ini akan menyumbang ke arah pengurusan dan mengurangkan
pelbagai bentuk perkara yang negatif.
4. Agama
menjadi unsur utama dalam menentukan tindak-tanduk dan kegiatan dalam
organisasi. Seluruh warga dapat menjadikan agama sebagai penentu nilai
utama dalam kegiatan perkembangan organisasi.
2.1.4 PENGABDIAN ITU TERGANTUNG KEPADA PENGENALAN
KEPADA KETUHANAN ALLAH
Apabila seseorang itu telah
mengenal bahawa Allah itu Tuhan dan penciptanya dan dia juga tahu bahawa dia
itu sangat memerlukankanNya, maka dia akan tahu, bahawa pengabdian itu
bergantung kepada ketuhanan Allah itu sendiri.
Dan orang ini sudah pasti akan meminta kepada Allah dan merendahkan diri
serta menyerah bulat (Tawakkal) kepada-Nya.
Kadang-kadang kita juga derhaka
kepada Allah, tetapi dalam waktu yang sama kita menyembah Allah dan taat kepada-Nya.
Perkara ini tidak dapat
membezakan antara ahli syurga dan ahli neraka dan belum dapat menjadikan seseorang
itu mukmin, seperti yang ditegaskan Allah:
“Dan kebanyakan mereka itu tidak beriman kepada Allah, bahkan mereka itu
orang-orang yang menyekutukan Allah” (QS Yusuf 10)
2.2 AL-SYURA
As-syura bermaksud sebelum
sesuatu keputusan itu dibuat, kita diwajibkan terlebih dahulu mengadakan
perbincangan. Ia bertujuan untuk memberi
peluang penyertaan ahli disamping mendapat keputusan majoriti.
Dalil yaang berkaitan
dengaan prinsip As-Syura, firman Allah s.w.t yang bermaksud: “... dan
bermesyuaratlah dengan mereka ... (Al-Imran:159)
2.2.1 MENGIMPLEMENTASIKAN
AMALAN SYURA
·
Islam menjadikan amalan syura sebagai suatu
pendekatan yang perlu diterapkan dalam segala bidang kehidupan.
·
Proses syura yang dijalankan akan memberi
peluang kepada yang terlibat untuk mengemukakan pandangan secara bebas dan pada
masa yang sama menghargai pandangan pihak lain. Akhirnya keputusan yang terbaik
akan dapat dicapai melalui penyertaan pelbagai pihak.
2.2.2 KEPENTIGAN AL SYURA
v Amalan
syura menjadikan keputusan yang dibuat menjadi lebih baik berdasarkan logik
akal, keputusan yang dibuat mengikut pandangan ramai lebih baik daripada
pandangan seorang .
v Syura
akan memantapkan keputusan yang dibuat hasil daripada perbincangan yang lebih
matang dan mendalam .
v Syura
juga akan dapat mengelakkan kekeliruan dan ketidakfahaman kerana ia
dibincangkan dengan teliti dan melibatkan jumlah ahli majlis yang ramai.
v Melalui syura, kesalahan yang besar dapat dielakkan
kerana keputusan yang dibuat telah diputuskan secara ramai .
2.2.3 PERANAN MAJLIS SYURA
·
Menggubal peraturan-peraturan organisasi .
·
Menjalankan setiap aktiviti organisasi yang
difikirkan berfaedah mengikut syariah.
·
Meluluskan program-program kewangan.
·
Berkuasa mengishtiharkan rancangan darurat
organisasi yang difikirkan perlu.
2.3 AL-HURRIYAH(KEBEBASAN)
Kedatangan Islam telah
membebaskan manusia dari sistem perhambaan. Islam juga menjamin kebebasan
aqidah, individu, hak milik, pendidikan dan juga mencari rezeki. Islam tidak
melarang umatnya untuk menyatakan pendapat serta buah fikiran selagi tidak
melanggar al-quran dan al-hadith. Kehidupan masyarakat dalam islam ialah
keidupan bermasyarakat. Islam mewajibkan umatnya untuk melaksanakan amal ma’ruf
nahi mungkar. Setiap dari kita berhak untuk menegur serta menyatakan pendapat
kita kepada sesama muslim.
Maksud
sabda Baginda:
“Sesiapa
ada melihat kemungkaran di hadapan kamu maka hendaklah kamu mengubah dan
mencegahnya dengan tangan kamu (dengan tangan kamu) maka hendaklah kamu ubah
dengan lidah. Jika kamu masih lagi tidak
mampu, maka hendaklah kamu ubah dengan hati.
Itu adalah selemah iman." (Hadis riwayat Muslim, Tirmizi dan Ibnu Majah)
2.3.1 KEBEBASAN
ü
Bebas daripada mengikut kehendak nafsu
syahwat
ü
Bebas daripada mengikuti kehendak diri kerana
focus kepada kehendak (ketaatan) kepada yang Esa
ü
Bebas daripada mengikuti resam (adat) dan
kesan (pengaruh luar) terhadap perkara-perkara yang akan memusnahkan diri
mereka daripada mendapat tajlli (jelmaan cahaya hikmah) daripada Tuhan
2.3.2
CONTOH AL-HURRIYAH DALAM PENGURUSAN
i.
Kebebasan diri
o
Setiap individu berhak untuk mendapatkan
perlindungan daripada undang-undang yang dikuatkuasakan dan tidak boleh
dinafikan haknya melainkan melalui perintah undang-undang.
ii.
Kebebasan
beragama
o
Islam sama sekali tidak boleh memaksa
penganut-penganut agama lain untuk memeluk agama Islam
iii.
Kebebasan
untuk mencari dan memiliki rezeki
o
Kebebasan jenis ini hendaklah menjadi
keutamaan kepada pihak organisasi atau jabatan dalam ertikata pihak-pihak
tersebut hendaklah juga memberikan keutamaan kepada para pekerjanya untuk
sama-sama merasai dan memiliki keuntungan syarikat atau jabatan dengan
pembayaran gaji, imbuhan dan elaun.
2.4 AL-MUSAWAH
2.4.1 PRINSIP AL-MUSAWAH
Al-Musawah membawa maksud persamaan. Persamaan yang dimaksudkan dalam konteks ini ialah mengenai persamaan taraf daan kedudukan setiap pentadbir, pengurus ataupun setiap individu di sisi undang-undang atau peraturan dalam memperolehi hak-hak asasi dan pada taraf atau status kemanusiaan. Semua manusia berasal daripada satu keturunan yang sama dan hanya berbeza dari sudut amalan, tanggungjawab dan ketaqwaan sahaja.
Firman Allah S.W.T.
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami ciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah jadikan kamu berbilang bangsa dan bersuku-suku supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya , semulia-mulia kamu di sisi Allah adalah orang-orang yang paling bertaqwa." (Surah Al-Hujurat ayat 13)
Ayat ini membawa maksud manusia adalah sama dan terikat di sisi peraturan atau undang-undang yang syarie, tanpa sebarang pengecualian atau keistimewaan. Tiada sesiapa yang boleh menjatuhkan taraf dan kehormatan orang lain melainkan jika ianya dibenarkan oleh undang-undang. Islam menentang keras kewujudan sistem kasta iaitu membezakan manusia berdasarkan warna kulit, bahasa, bangsa, budaya, pangkat, asal keturunan dan sebagainya.
Al-Musawah membawa maksud persamaan. Persamaan yang dimaksudkan dalam konteks ini ialah mengenai persamaan taraf daan kedudukan setiap pentadbir, pengurus ataupun setiap individu di sisi undang-undang atau peraturan dalam memperolehi hak-hak asasi dan pada taraf atau status kemanusiaan. Semua manusia berasal daripada satu keturunan yang sama dan hanya berbeza dari sudut amalan, tanggungjawab dan ketaqwaan sahaja.
Firman Allah S.W.T.
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami ciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah jadikan kamu berbilang bangsa dan bersuku-suku supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya , semulia-mulia kamu di sisi Allah adalah orang-orang yang paling bertaqwa." (Surah Al-Hujurat ayat 13)
Ayat ini membawa maksud manusia adalah sama dan terikat di sisi peraturan atau undang-undang yang syarie, tanpa sebarang pengecualian atau keistimewaan. Tiada sesiapa yang boleh menjatuhkan taraf dan kehormatan orang lain melainkan jika ianya dibenarkan oleh undang-undang. Islam menentang keras kewujudan sistem kasta iaitu membezakan manusia berdasarkan warna kulit, bahasa, bangsa, budaya, pangkat, asal keturunan dan sebagainya.
2.4.2 TANGGUNGJAWAB TERHADAP UNDANG-UNDANG
Semua manusia terikat dengan peruntukan undang-undang
yang sama tanpa dibezakan bangsa,
keturunan, pangkat, warna kulit dan lain-lain . Undang-undang tidak boleh
digubal hanya untuk dikuatkuasakan kepada golongan atau bangsa tertentu sahaja.
2.4.3 TANGGUNGJAWAB TERHADAP HUKUMAN
Semua manusia mesti dipertanggungjawabkan dengan hukuman
yang telah dijatuhkan tanpa mengira kedudukan, taraf, waran kulit, bangsa
ataupun keturunan seseorang. Semua manusia terikat dengan undang-undang,
peraturan dan hukuman yang sama. Hukuman tidak boleh dijatuhkan berbeza dengan
mengikut taraf dan darjat seseorang.
2.4.2 AGIHAN DAN PENERIMAAN KEMUDAHAN
Harta yang telah diiktirafkan sebagai harta awam seperti
sekolah, hospital, jalanraya serta taman
permainan dan sebagainya haruslah dikongsi bersama. Penafian terhadap hak ini
akan menimbulkan konflik sosial yang mengakibatkan kesan negative seperti
rusuhan kaum dan tunjuk perasaan .
Al-Musawah merupakan prinsip pengurasan Islam yang
melambangkan kesejagatan Islam dan sistemnya. Pendekatan Islam tidak
berlandaskan keturunan, waran kulit dan sebagainya, namun dibina atas dasar
persamaan yang dalam konteks organisasi semuanya diberikan kedudukan sama rata
untuk berkhidmat dan menyumbangkan usaha dalam memajukan organisasi .
Maksud Al-‘Adalah ialah meletakkan sesuatu pada
tempatnya. Dari segi istilah, meletakan
sesuatu itu pada tempatnya berdasarkan kepada ketentuan akidah syariah
dan akhlak serta bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah.
Menurut Al-Mawardi ia juga bermaksud bercakap benar,
jelas kejujuran, menjauhi haram, memelihara diri dari melakukan dosa atau
bersubhat dengannya.
Dalil yang mengatakan tentang Al-‘Adalah, firman Allah
s.w.t yang bermaksud:
‘sesungguhnya
Allah s.w.t menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta memberikan
bantuan kepada kaum kerabat...” (Surah Al-Nahl:90)
2.5.1 KEADILAN BOLEH DILAKSANAKAN DALAM PERKARA SEPERTI BERIKUT :-
1. Membuat
Sesuatu Keputusan
Sebelum membuat keputusan berkaitan
dengan sesuatu perkara kita seharusnya melihat dari pelbagai sudut membuat
keputusan tersebut. Ini bagi mengelakkan
sesuatu keputusan yang akan menyebabkan kita menyesalinya.
2. Pengucapan
Keadilan dalam pengucapan bermaksud kita
menyampaikan sesuatu perkara kepada golongan-golongan tertentu mengikut
kemampuan penerimaan mereka.
3. Keadilan
terhadap Allah s.w.t
Kita tidak boleh syirik kepada Allah
s.w.t iaitu dengan mengakui kewujudan tuhan selain Allah s.w.t. Dosa syirik adalah dosa yang paling besar dan
tidak diampuni oleh Allah s.w.t.
4. Timbangan
dan ukuran
Sesuatu perniagaan yang melibatkan
timbangan atau ukuran hendaklah memjauhi daripada penyelewengan terhadap nilai
timbangan dan ukuran.
5. Pengurusan
Harta
Khususnya dalam pemeliharaan harta anak
yatim piatu, kita dilarang sama sekali daripada mengunakan harta mereka
sehingga mereka meningkat dewasa.
Selain itu keadialan juga hendaklah dilakukan dan
dilaksanakan dalam urusan penghukuman dan terhadap mereka yang tidak sependapat
dengan kita.
2.5.2 BENTUK-BENTUK KEADILAN
Keadilan terbahagi kepada beberapa bentuk yang perlu kita
fahami, berikut adalah bentuk-bentuk keadilan:
1. Keadilan
Dalam Bentuk Bersamaan.
Sesebuah organisasi hendaklah
melaksanakan keadilan dalam bentuk bersamaan seperti bendapat bonus tahunan,
hak bercuti dan sebagainya.
2. Keadilan
Dalam Bentuk Perbezaan.
Setiap semua berhak untuk diberi gaji
oleh majikan mereka, tetapi terdapat perbezaan dalam jumlah gaji yang diberikan
oleh majikan berdasarkan kelulusan yang diperoleh dan tanggungjawab yang
diberi.
3. Keadilan
Dalam Bentuk Hak Istimewa
Hak istimewa yang diberikan kepada
individu yang tertentu berdasarkan sumbangannya kepada organisasi.
2.5.3 CIRI-CIRI KEADILAN DALAM PENGURUSAN
1. Memberi
kerja yang sesuai dengan fitrah individu masing-masing. Kerja yang berat memerlukan kekuatan dan
ketahanan fizikal tubuh badan seperti tentera dan pekerja lombong amat sesuai
untuk lelaki. Manakal bagi kerja yang memerlukan ketelitian dan perhatian
khursus yang istimewa seperti guru kanak-kanak dan jururawat amat sesuai untuk
wanita.
2. Memberi
upah, ganjaran atau insentif yang sewajar kepada pekerja berdasarkan kerja yang
dilakukan sepeti yang terdapat dalam kontrak perkhidmatan. Para pekerja
mempunyai hak tersendiri seperti yang termaktub dalam peraturan organisasi dan
undang-undang buruh. Sekiranya hak
mereka dinafikan, maka dengan sendirinya pengurus sudah berlaku tidak adil.
3. Mengenakan
hukuman yang wajar dengan kesalahan yang dilakukan. Keadilan dalam Islam banyak menyentuh tentang
perihal hukuman. Dalam pengurusan,
perkara ini dikenali sebagai hukuman.
Dalam pengurusan, perkara ini dikenali sebagai disiplin. Seseorang
pengurus dalam mengenakan tindakan disiplin perlu bertindak dengan adil, iaitu
tidak bermotif jahat, tidak bersifat peribadi dan tindakan yang diambil pula
saksama.
3.0 PENUTUP
Syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya
kami sekumpulan dapat menyiapkan tugasan yang bertajuk Prinsip Asas Pengurusan
Islam. Terima kasih kepada Puan Wahidah binti Mohd Said kerana memberi
kesempatan kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada
rakan sekumpulan yang memberi kerjasama dalam menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya.
Berdasarkan
tajuk Prinsip Asas Pengurusan Islam ini, banyak nilai dan pengajaran yang dapat
diambil daripada prinsip Al-Ubudiyyah, Al-Syura, Al-Hurriyah, Al-Musawah
dan Al-Adalah.
Prinsip Al-Ubudiyyah
menerangkan perkara mengabdikan diri kepada Allah. Selain itu, Al-Ubudiyyah merupakan prinsip
organisasi yang berkaitan dengan matlamat dan fungsi utama manusia sebagai
hamba Allah.
Selain tu, Prinsip Al-Musawah merupakan
prinsip pengurusan Islam yang melambangkan kebersamaan Islam dan organisasinya.
Pendekatan Islam bukanlah melalui warna kulit, keturunan dan lain-lain tetapi
dibina atas dasar persamaan yang dalam. Oleh itu juga, prinsip Al-Musawah ini
berkenaan dengan persamaan antara manusia dengan manusia yang lain.
Seterusnya,
prinsip Al-Huriyyah menerangkan tentang kebebasan dan kemerdekaan dalam Islam
terutama dalam konteks sebuah organisasi. Kebebasan melambangkan penghargaan
Islam terhadap hak yang dimiliki individu, selama mana ianya tidak melanggar
batasan yang ditentukan oleh Islam.
Di samping itu, prinsip Al-Syura
merupakan satu tuntutan agama dan pelaksanaannya beerti menyempurnakan lagi
suruhan agama dan meninggalkannya beerti menjauhkan diri dari tasawwur Islam.
Ini adalah kerana, memang tidak dapat dinafikan lagi kebaikan dan kelebihan
yang diperolehi sebagaimana yang terjadi di zaman Rasulullah s.a.w. dan para
sahabat. Oleh kerana ini Allah s.w.t. menuntut umat Islam agar
mengimplimentasikannya .
Akhir sekali, Al-Adalah iaitu keadilan. Keadilan dalam islam
merujuk kepada hak iaitu pemberian hak kepada yang berhak dan meletakkan
sesuatu pada tempatnya. Dalam konteks pengurusan organisasi, keadilan merupakan
tunjang kepada segala bentuk amalan dan pengurusan yang dilaksanakan.
Jadi, prinsip asas
pengurusan Islam sangat penting dalam kehidupan dan organisasi kerja.
4.0 LAMPIRAN
5.0 RUJUKAN
BUKU RUJUKAN
1. Syaikhul islam Ibnu
Taimiyah (1982), Al ‘Ubudiyyah, Surabaya:
PT Bina Ilmu
2. Azman Che Omar (2001),
Pengurusan Di Malaysia dari Perspektif
Islam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
LAMAN WEB